Wednesday, November 28, 2012

Hasil koli ajaib (la sangat...)

Sejak2 kebelakangan ni para2 ibu, makcik2, akak2, adik2 seme dok sembang pasal pemanggang ajaib (atau kuali ajaib). Aku takde la amik kisah sangat. Tapi tah cemana la suatu hari bff aku post gambo dia masak lempeng pisang lam koli ajaib aku tgk macam menarik le plak. hahahaa....lempeng pisang je tuhh.... pehtu tetiba plak iklan Lazada kuar gambar koli ajaib nih! Eh ehhh... tapi brand Remico. Yg bese yg glamer tu cap Ikan. tatau le dari mana asalnya Remico nih. Lazada offer rm119. Memandangkan aku ada baucer rm20, ku telek telek...pk pk... ishhh beli jangan tak beli.... hehehee.... 

Apekelaa nipis bebeno ek telur dadar nih? Bukan pe, ni tuk si Eimran sorang. Tu le lauk dia dgn nasik putih+kicap manis.  

Nugget koli ajaib tuk santapan Luth. Guna minyak sketttt je... tapi rangup jugak....mmg le ajaib...hahahaaa 

Ni ayam percik. Takde le main percik2, tutup pemanggang tuh... lam beberapa minit dahh jadikk.... 

Ni rupa lepas letak kuah percik.  

 Haaa bakar kek pun bolehhh.... disebabkan sukatan aku guna ikut resepi yg ada, so, sblm bakar dia tak penuh, penuh separuh jek... Jadi terhangit tu lam 5 min je....giler cepat.....

Ni permukaan atas... aku mengalami kesukaran nak kuarkan kek nih.... tu pecah2 sket atas tu sbb masa terbalikkan try tarik keluar guna sudip kayu.... lepas 1st trial ni buat kali kedua guna cawan yang lebih besar. So, dapatla penuhkan 3/4 pemanggang nih.... kali kedua bakar selama lebihkurang 12-13 minit. Resepi ni tanpa telur dan butter or majerin. Minyak+tepung gandum+serbuk koko+baking powder+sodium bikarbonat+gula+cuka+garam+esen vanila. Kek ni mmg moist dan lembut abisss...tekstur dalamnya ada ala ala kek sarang semut tuh...

Kesimpulannya mmg ajaib sungguh la hasil masakan guna mende alah ni... hehehehee...

Tuesday, November 27, 2012

Menanti pak menteri datang

Hemmm bercenta yang amat betoi la menunggu org beso2 ni dtg... ketepatan masa tu dipandang remeh aje...  kol 10.30 sepatutnya majlis, kol 12 lebey sket baru bermula.... huihhhh berpoloh2 den menunggu. Tu belum masuk lenguh kaki lagik...
Majlis ni diadakan di Laman Sayur, Maeps sempena pelancaran greenkit dan teknologi kelulut. Diselitkan juga penyerahan MOU antara syarikat All Cosmos dgn Mardi di mana aku salah sorang yang terlibat lam research tu nanti. Kesian big boss company tu, menunggu lama...padahal org tu businessman; masa adalah wang.... hu huuu...

Majlis pun bermulaaaa.... tak sampai pun 10 minit. 

Penyerahan MOU; pakai kot tu big boss All Cosmos, Datuk Tony. Ohh sgt kacak ok...hehehe dia org Taiwan tapi amat fasih BM sbb dibesarkan di sini.

Press conference

Sarang kelulut. Uols bley try madu kelulut tu direct dari sarang dia. Kelulut ni adalah sejenis lebah yang tidak berbisa, atau nama omputihnya Stingless Bee. Aku pun try gak hirup madu dia mcm kawan aku sdg hirup lam gambo tu...

Sarang kelulut

Botol kecil tu sobenier yg aku dpt sempena majlis ni dan botol kurus tu yg aku beli dgn rege RM25 sebotol. Dua botol ni dari syarikat yang berbeza dan rege mereka pun berbeza.

Greenkit. Sape suke bercucuk tanam tapi umah tak cukup tanah, bley la beli nak tanam cili ke sayur ke... tak silap aku dengar2 tadi RM50 kottt...

Bukan amik gambo apek tuh...tetiba jek dia lalu ...aiyaaa....

Amik gambo cili merah yg besar itu

Ni gambar dekat...besarrrr cili tu...cili hibrid... pedas gak la rasenye (menurut boss cili ni). Kalo buat cili solok ni mmg puas la makan.... hehehe...

Rase geram je nak tarik sayur yg bergantungan nih...

 Dasat plak petola ni, berbelit2... nampak tak??

Wednesday, November 21, 2012

Moh ke MAHA 2012

Jom beramai2 ke Maha 2012 bermula Jumaat ni sehingga 2 Dis. (Ahad). Tahun ni pertama kalinya aku tidak bertugas untuk jaga booth. Best jugak, bleh pi pusing2 kat maha tu pagi ke petang. Tadi kami ada taklimat tentang Maha ni. Nampaknya tahun ni kat bahagian pintu 2 (kalau tak silap) akan ada funfair jugak (atas permintaan). Parking Rm3 perentry dan anda sama sekali dilarang parking di bahu2 jalan dalam area maeps dan mardi kalo taknak kete kene tunda. Kali ni pihak pdrm juga bekerjasama tuk jaga trafik. So, jangan lepaskan peluang.... tahun ni buat seminggu je... ohyaa.... ada satu tarikan di laman perikanan iaitu pameran rangka ikan paus. Tu aku plan nak tengok la nanti.... Dan banyak lagila yg menarik... Selamat datang ke Maha dan selamat bersenaman jugak (menapak sambil berpeluh2 itu sudah pasti)! Hehehee...

Untuk keterangan lebih lanjut klik link ni: http://www.maha.gov.my/2012/

Tuesday, November 20, 2012

Jalan2 kenduri kawen ke Pengkalan Hulu

Sabtu yang lalu, kami sekeluarga ke Pengkalan Hulu, Perak. Sepupu incik somi (pengantin lelaki) melangsungkan perkahwinannya di sini walaupun asalnya org Sabah juga. Seme sedara mare di Sabah nun diangkut turun ke Perak nih memandangkan pengantin lelaki bekerja di sini. Kenduri sebelah pengantin pompuan dah dibuat di Gua Musang lastwik tapi kami tak pegi la... jauh bebeno... Nak ke pengkalan hulu ni pun, adoiii laaa berchentaa betulll.... Ni la pestime sampai sini. Untuk sampai ke sini, exit tol Kuala Kangsar dan akan melalui Gerik dan Lenggong. 2 jam la baru sampai destinasi, mana aku tak berchenta?? Hahahaa... anak2 pun dok bertanya jauh ke? jauh ke? bila nak sampai?? Muka masing2 dah menunjukkan boring tahap gaban... nak main angry bird ke bad piggies ke seme takleh dah sbb bateri tablet pun dah weak... hahahaaa.... siann anak2...

Selamat pengantin baru Harry (nama glamer je nih...nama panggilan lainn..hehehee) dan Ana

Ketibaan kedua2 mempelai... masa ni kitorang lom sampai lagik...  

Kol 1pm baru sampai. Kol 6.45am bertolak dengan 2x berenti; kat rnr Tapah tuk bekpes dan hentian mana tah (yg dah tak rupe hentian) lepas gerik tok mandikan 2 kanak2 ribena Qhaliff dan Emmir.

Awatla muka Eimran cenggitu?? Adeee je yang tak kene si ewan nih... 

hehehee.... Qhaliff ni mmg suke bergambar.... 

Meja makan pengantin... pengantinnya dah siap makan pun....

 Bergambar dengan pengantin... adik badik pengantin lelaki ni pun 4 org lelaki cam anak2 aku... bile tgk dorang 4 bradik, maka aku pun membayangkan anak2 aku di masa akan dtg.... terima menantu pompuan aje le esok esok...

Ahli keluarga pengantin lelaki

Hotel Hilltowne. Ni le hotel yg pemes di sini. Hotel kecil je dan ratenya pun murah. Tapi ok biliknya. Bila bgtau kat anak2 nak dok hotel kecik dan takde swimming pool, seme wat dekkk je.... kemain bebudak ni... cuba hotel besar2, seminggu dah kecoh tanya itu ini... hehehee....

Kami pilih bilik Superior; 1 double bed dan 1 single bed, RM90. Bilik airnya ok tapi lupa nak amik gambar, ada water heater tapi takde la bath tub.

Mr Emmir

  Ni le pekan Pengkalan Hulu. Kecik je dan tak sibuk pun. Tempat ni dekat ngan sempadan Thai iaitu Betong. Kalo tgk trafik lite lam gambo tu, terus menuju ke Betong. Rasenya lam 10 min kot?? tak sempat nak pi pun... Dan tmpt ni juga dekat dengan Baling, Kedah. Kitorang sempat la pi memalam. Lam 15 min je... pi Baling beli kfc tuk dinner....heheheee....

Monday, November 19, 2012

Open table @ San Francisco

Ni kali kedua makan2 beso kat San Francisco Bangi. Kat sini western food aje la... Sblm ke sini, adik aku dah reserved dulu. Kang penuh plak. Kali ni rezeki adik bongsu aku tuk jamu seisi keluarga. Mintak ape je... tapi nak order memacam kang, tak termakan plak kan? Kitorang suka makan kat sini sebab dalamnya tak crowded. Tempat duduk reserved sama  gak dgn yg kitorang dapat mcm dulu... rege makanan takle mahal sgt tapi takle murah...errr rasenye rege makanan western lebey kurang cenggini la... Lepas maghrib seme berkumpul di sini. Mula2 takde sgt org, lelama penuh gak restoran ni...

My order; chicken chop with mushroom sauce. Tuh tangan si Eimran nak cilok fries aku. Padahal dia punya fries satu bakul! Mamat ni mmg feberet makan fries.

Sebelum memasing 'ngap' makanan memasing...  

Luth dan pizza peperoninya... tu mmg feberet abg Luth. Dia makan 3 keping. 

 Yang ni lamb chop incik somi. 

Budak kecik ni tengah makan ape tak ingat... lepas dia rase dia dah kenyang, mula tak dok diam...adeiiii jenuhhh makan kat luar dengan si kecik Emmir yg lasak nih... 

Nanchos peberet Tie N. Bukan menu utama, menu nak sendatkan perut lagi..

Krim sup ni takde le sedap sangat pun... aku le gatai soh adik aku order. Ingatkan kot sedap mcm yg pizza hut punye ke....  Nengok2 makan baper suap jek...

 Wajah2 riang lepas perut kenyang... hehehe....

Time kasey daun keladi kepada Tie N... next time open table le lagi...

Tuesday, November 6, 2012

Projek 'mekap' rumah 1

Dah lama pasang angan2 nak buat plaster ceiling tapi ongkosnya tak mengizinkan. Lagi satu, nak pikir jugak pasal cuti, takkan nak biarkan org buat keje kat umah, tuan rumahnya pi keje plak kan? Dah ujung2 taon ni, baki cuti pun belum masuk tahap kritikal (cuti banyak lagi le tu...) hehehe...maka terjadilah seperti yg dirancangkan. Entry ni bukan nak tunjuk2 ke ape tau; ni sebagai catatan peribadi. Sok2 belek2 kenangan lama lam blog sendiri ni...tau gak la cemana rupe asal sblm dimekap. Pemasangan ni ambil masa selama seminggu. 2 hari pertama ada 2 pekerja (Indon dan bosnya pun Indon. Dorang penah buat umah jiran dulu); hari ketiga dorang tak datang sbb sorang sakit. Hari ke 4, 4 org pekerja sehingga hari ke-5. Hari ke-6 hanya 2 org yg asal (sesi touch-up). Dan hari ke-7 pasangkan lampu2 dan kipas (wiring seme la..). 

Rumah ni masa beli bukan rumah baru tapi rumah yg dah didiami orang. So, sejak dari pindah tak banyak yg kami ubah. Asalnya siling ada wallpaper. Tapi aku mmg menyampah sesangat dengan wallpaper tu. Ada yang dah terbukak2... Tapi sekarang tidak lagi! Dah sedap dah mata aku memandang bila mendongak ke atas...  hehehee... Ohya... tu lampu kristal tu incik somi tolong pasangkan dengan penuh kesabaran. Jenuh ooo.... rasenya makan masa lam 2 jam gak.... tu sib baik aku tak pilih yg lagi dasat design dia... mau hanginnn incik somiku.... 

Bahagian ni kekalkan kipas asal... kat  living hall 1 dan dining hall tukar lain pakai remote punye...  senang nak tuko speed tak payah bangun2. Ni dasar pemalas nih...hahahaaa. Kesemua kipas dan lampu beli di kedai lampu Avalon kat Puchong. Kedai tu 3 tingkat koo.... rambang mata nak pilih lampu. Harga pun not bad. Maybe masa pi tu sedang buat promosi. 

Kat sini yg agak menyakitkan pandangan mataku tang lampu tu dan wallpaper siling  yg siap bertampal2 plaster tu. Siling bahagian sini agak tinggi. Jadi bila dah letak plaster ceiling rendah la sket dalam beberapa inci. Dan disebabkan ketinggiannya tu, kami pilih kipas 2 tingkat (ada 6 blades). Lampu gantung tu dah kene buang daerah...hahahaa.... pindah kat tempat porch. 

Projek seterusnya??? Adaa...memang ada iaitu pasang lantai dan wallpaper. 2 bende ni kami booking masa Homedec di KLCC tempohari. Belum tau lagi bila keje2 pemasangan akan dilakukan. 

Friday, November 2, 2012

Baucer tiket legoland free

Beli menan anak2 kat Toys r Us Alamanda, dapat baucer tiket legoland tuk kanak2 free. Yahuuu bestnya... tapikan dorang ni ngelat jugak la bagi aku. Lastwik adik aku pun beli menan kat sinun (syarat belian lebih rm50 bley dpt  baucer tiket free). Tapi tak dapat pun. Sabtu lepas, lepas bayar kat kaunter aku peratikan le kot la cashier tu sertakan tiket free tu. Tapi takde pun. Aku mmg dah perati dah iklan promosi tu kat sebelah mesin cashier tuh. Lepas budak tu bg resit, aku tanya le; ni leh dapat tiket legoland tak? Baru le budak tu cakap; boleh!  Lerrr... kalo tak tanya rugi bute2 jek (macam adik aku)... Tapi yg bestnya budak tu tanya aku; nak berapa? Lam hati aku :ehh bley plak tanya nak berapa?? Ini sudah bagusss...hehehe.... Aku jawab le 4! 

Tapi... ada gak le syaratnya ngan baucer nih. 1. Expired 31 mac 2013; 2. Satu baucer kids go free MESTI berserta dgn SATU tiket dewasa harga penuh. Cemana pun, ia tetap menjimatkan.... jimat banyak gak tuh bagi org ramai anak mcm aku. Budak bwh 3 tahun free aje... so, utk cover lagi sorang anak dgn full ticket price tuk adult, nanti ajak le adik aku...hehehe... rege offer adult ticket rm105..kalo rege penuh, rm140... 

 List rege tiket masuk legoland. For more details, plz click here.
Hemmm nampaknya kene plan pi sinun nih... kang sesia tamat tempoh. Tapi aku yakin, sure ade je nanti offer dari memana nanti nih.... aritu beskut Munchy, ni toyrsus...sok2 gerenti ade punye la ... maklumle bende sedang 'hot'!

Karnival Bacathon

Sempena karnival di atas, setiap murid2 sekolah kene bantu dapatkan derma utk merealisasikan pihak sekolah utk tambah baik kelengkapan perpustakaan sekolah. Masa Luth bg aku kad ni, aku teringat zaman aku sekolah2 dulu pun kene kutip derma sempena Hari Jogaton. Yg aku ingat, kad tu aku bg kat mak abah aku dan dorang bawak pi opis memasing. Pastu aku minta gak kat jiran2 dekat2 umah hehehe... Masa tu dapat kutip sorang singgit pun dah cukup baik.

Tapi berlainan le ngan kes anak aku ni. Ishh tak payah le kot aku bwk pi opis...segan plak. Maka aku bgtau kat anak aku, pi mintak kat seme org yg ada kat umah; atok, Tie N dan mak pak sedara yg balik sempena raya haji; uncle boy, Tie Yan dan Uta... opsss termasuk mami dadinya sekali. Hehehee....

So, hasilnya...haaa ce tengok, ada 12 nama penderma tu...kononnya la 12 org.... sebenonya 7 org jek, yg 5 org tu invisible...hahahaaa.. Jumlah kutipan pun not bad la...rasenye kalah kutipan aku tuk Jogaton dulu....