Showing posts with label gunung Kinabalu. Show all posts

Thursday, June 11, 2015

Gempa bumi di Sabah; 5 jun 2015.

Tanggal 5 Jun 2015 ini sebenarnya ulang tahun perkahwinan kami yang ke-11!... Tak dapat nak pi memana memandangkan Luth belum sembuh sepenuhnya dari bersunat, pakai seluar pun dia takmo lagi...  nak beli kek secret recipe plak, sijil halal ditarik balik... hemmmm mati kutu nak beli kek kat mana.. So, alang2 pegi warta singgah je le Angel Cake.. kek2 bese jek pun...deco nya pun alahaiiii....

Semoga mahligai yang kami bina ini akan kekal hingga ke akhir hayat dan ke syurga... Dan dilimpahi dengan rahmatMu Ya Allah serta berkatilah hidup kami sekeluarga. Amin!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Menjelang petang aku sangat terkejut bila baca di FB berlaku gempa bumi di Sabah!! Secara spesifiknya di sekitar Ranau dan Kundasang. Masa tu aku tak fikir lagi tentang gunung kinabalu turut bergegar. Bila makin banyak news yang keluar, rupanya gempa bumi tersebut memberi kesan yang dahsyat pada gunung kinabalu apatah lagi pusat gempa adalah di gunung tu sendiri. Ya Allah tak pernah terfikir gunung yang gah tinggi dan besar itu akan bergegar. 

Paling sadis dan menyayat hati ada nyawa yang terkorban. 2 mangsa pertama yang berjaya dibawa turun adalah mountain guide atau malim gunung, Robbi dan seorang kanak2 sekolah berusia 12 tahun dari Singapura. Rupanya abang kawan aku (juga seorang Malim) adalah antara orang pertama yang tiba di lokasi mendiang Robbi semasa usaha menyelamat dilakukan setelah pihak pengurusan Sabah park memberi kebenaran untuk mencari mangsa. Dalam pada itu, lebih dari 100 orang pendaki terkandas di atas gunung. Manakala ada pendaki dan malim yang terkorban kerana ditimpa batu yang jatuh. 

Runtuhan batu

Sumber: Facebook mana lupe dah...

Ekceli beberapa hari sebelum kejadian, terdapat pelancong mat saleh ni yang berbogel dan kencing di atas gunung. Situasi itu menimbulkan kemarahan hampir semua pihak dan of coz la orang paling marah dan sakit hati adalah penduduk di sekitar gunung itu. Mereka anggap gunung itu adalah tempat suci, tempat roh2 nenek moyang mereka bersemadi dan sebagainya. Jadi apabila bencana alam ini berlaku, otomatik ia dikaitkan dengan perbuatan tidak bermoral pelancong2 tersebut. Bagaimanapun, semua yang terjadi adalah kehendak Yang Maha Esa. 

Tragedi ini juga secara tiba-tiba telah membuka mata semua pihak kehebatan malim2 gunung ini. Kisah malim yang terkorban kerana cuba selamatkan pendaki dibawah jagaan mereka, terkorban kerana ditimpa batu utk lindungi pendaki dan juga kerana keputusan malim2 di atas gunung bersama pendaki yang terkandas memcari jalan dan membuat jalan untuk turun ke bawah memandangkan pasukan keselamatan tidak sampai kepada mereka. Mereka telah selamatkan lebih dari 100 org pendaki ini yang jika dibiarkan boleh sebabkan mati kesejukan, kelaparan, keletihan melampau dan sebagainya. Agaknya kalo ditanya dengan setiap pendaki tu pasti pelbagai kisah menarik dan mengerikan dapat kita ketahui... dengan detik2 cemas gunung bergegar... sungguh besar kuasaMu Ya Allah!

hebat tol... 
Tapi para malim gunung memang hebat... dulu aku ingat tugas mereka hanya tolong angkut barang ke gunung selain dari guide pendaki rupenye lebih daripada itu... keselamatan pendaki juga dibawah tanggungjawab mereka dan mereka betul2 pastikan pendaki bawah mereka selamat..se selamatnya turun dan naik...
Yang pasti tragedi ini membuka mata kita semua bahawa malim gunung itu adalah hero sebenar!.. 

Sumber whatsApp... hhehehee

Ni adalah antara laluan di via ferata.
Di via ferata (laluan mana tatau) terdapat beberapa mangsa yang terkorban kerana tali cangkuk tu loose sb batu bergerak dan jatuh.... :-(

Sumber you tube dari FB sape ...luperrrr....

Gunung kinabalu dah cacat sket... donkey ears tu dah runtuh separuh... 
Kat gambar tu, betapa gigihnya la pendaki hard core ni...dah le nak daki ke puncak gunung ni satu hal, dah sampai puncak daki lagi puncak.... hebat lah..

Semoga apa yang berlaku menjadi iktibar buat kita yang masih bernafas ini dan semoga Allah melindungi bumi Malaysia ini.

Tuesday, April 14, 2015

Cuti-cuti ke Kota Kinabalu VI

Lepas bekpes dan bergambaran, packing dan van sampai je terus bertolak ke Kudat lebih kurang  jam 8.40am. Sedihnya nak tinggalkan Kundasang... rasa macam tak puas plak stay satu malam.

@kinabalu

Anjung di area dekat 'rumah' kami.. ;-P

Suka bunga tuh... 

Ni dalam perjalanan turun... sepanjang perjalanan masih boleh nampak puncak gunung. Kat area Pine resort tu dah tak nampak dah sebab dah diliputi awan... dalam perjalanan ke Kudat ni masih nampak lagi.

Perjalanan ke Kudat ni jauh jugak, kami ke destinasi seterusnya Kg Gombizau iaitu tempat ternak lebah madu. Sampai situ sekitar jam 11.30am.

Sila bayar tiket dulu

Gerai madu, harganya takde la murah sangat.. biasa aje... lebihkurang je pun dengan harga madu yang biasa aku beli di Bangi n Putrajaya. Botol kecil kat depan tu RM21 dan botol besar RM100/kg.

Dekat kampung ni lagi sekali anjing sangat 'bersepah-sepah'... merata-rata melepak dan baring2... nasib gak la seme sedang tidur, kalau tak, aku pun tak tentu arah nak jalan... banyak sungguh!

Jom ke ladang lebah... Pn Lia sedang mengasap lebah

Tujuan mengasap ni untuk lemahkan lebah bagi dia tidak aktif

Tu lebah-lebahnya

Bley try pegang sarangnya... kata Pn Lia, kalau lebah datang jangan tepis-tepis dia nanti lebah tu ingat musuh nak serang... so, buat tatau dan dok diam jek..

Aku pun ada gak try.. ada plak sekor lebah jalan2 atas tanganku tapi buat dek je la... 

Ni adalah sarang lebah yang diambil dari rangka kayu tadi... bley makan macam tu jek... Pn. Lia potong kecik2 dan bagi kami rasa.... rasenye manis madu tapi sarangnya tu kenyal2...kunyah-kunyah lepas tu buang (mcm makan chewing gum)... Satu pengalaman baru... sarangnya tu ada kegunaannya iaitu boleh dibuat lilin dan juga gincu. Tapi takde la demo buat bende2 tu...

Selepas demo lebah tadi, bertolak ke Simpang Mengayau untuk lihat Tips of Borneo iaitu penghujung Sabah (kepulauan Borneo). Sebelum tu, kami ke rumah panjang Rungus plannya nak tengok pembuatan manik. Tapi malangnya takde orang pulak...  frust jugak... agaknya musim cuti sekolah baru bukak kot?

Sampai  sini dalam pukul 12 lebey...haaa memang la matahari tengah terik, pegi plak dekat laut... panasnyaaa.... huiiiii (dari tempat sejuk ke tempat panas)..
Dengan nak berjalan kaki lagi ke atas nun... mengeluh makcik!

Pemandangan sini pun cantik... 

Itu dia penghujung borneo seperti dalam peta Sabah.
Di sebelah kiri adalah Laut Cina Selatan dan di sebelah kanan adalah Laut Sulu. Cantik sangat lautan nih.. kebiru-biruan...

Sampai sini kiranya berakhirlah perjalanan di Sabah ini... jam dekat pukul 1pm, so, dalam perjalanan pulang ke KK singgah makan dulu...

Malam ni adalah malam akhir di KK... aktiviti di hotel apalagi ...mandi kolam ler....

Bersambung lagi.... ni la post paling panjang sampai masuk part VII ... nak buat camno....gambar banyak...

Cuti-cuti ke Kota Kinabalu V

Dah main-main dengan ikan, dah bagi lembu kambing minum susu dan makan, tibalah saat untuk ke destinasi yang terakhir iaitu ke Kinabalu park. Banyak lagi tempat menarik yang kami skip seperti Sabah Tea, Poring kolam air panas, botanical garden dan Mesilau (laluan kedua pendaki selain di Timpohon gate).  Penat juga kalau nak cover semua dalam satu hari... kalau stay 2 hari di Kundasang memang boleh la ke semua tempat2 menarik yang lain.

Pintu masuk untuk pendaki

Ce tengok list lelaki veteran tuh... 2 jam lebey je dia daki gunung ....huiiiiiii yg pompuan veteran pun 3 jam lebey je... *kagum*

Bergambar je dulu ye Eimran, sok dah besar sket bley la pi daki gunung dgn dadi... mami lepak2 kat bawah je le...

Kabus punya tebal kat blakang tu

Tak dapat daki gunung, bergambar kat kaunter check point pun bleh la.. hehehe...

Dah puas berjalan, tibalah masa untuk check-in di Kinabalu Pine Resort. Kenapa aku pilih tempat ni? Sebab banyak review di blog kata tempat ni cantik.. dan memang terbukti tempatnya sangat cantik... lelagi sebelah pagi bila dapat lihat gunung kinabalu dengan jelas... amazing!!

Depan bilik, bilik kami hujunggggggg sekali ingatkan tak nampak le puncak gunungnya, rupa-rupanya bila awan clear, nampak jugak, cuma pokok pine tu tinggi2 ganggu le sket...

Bilik kami G2, bilik atok G1; sebelah-sebelah jek...

Malam ni tapau kepsi jek... tatau nak makan ape ..syiokk makan depan bilik...sejukkkk

Ni pepagi lam kol 6 am... ni muke tak mandi lagik ni... dengan maknya pun. Punya la semangat nak tengok gunung kan?...

Tengok kabus tebal plak tuh... adoiii prust tol mami... maka sesi bergambar aje la dulu...

Ada 3 ekor arnab yang comel dan gumuk..

Lepas sesi bergambar, maka balik le ke bilik dengan keciwa... mandi2 dan sesiap pi bekpes... 
Tang bekpes, menunya mengecewakan la sket... kanak2 RM8.. menu berat kuey teow goreng kicap yang kering giler, roti, butter, jem, sosej, nuget, telur, bubur nasi, air panas, jus buah.... tu je kot... dengan RM8/child; Eimran sekadar jamah kuey teow 2 sudu, Luth makan roti 2 keping...Qhaliff lebih la sket... Emmir free.... iskkk.... sabo aje la kan...

Lepas bekpes ajak anak2 pi tengok gunung sebab gunung dah nampak.... alhamdulillah....akhirnyaaaa..... tercapai impianku....

@kinabalu
Dengan hero-hero kesayanganku... dadinya bekpes... Somi ku tak kisah sangat sbb dia dah beberapa kali daki gunung tuh.... aku memang tak larat le nak mendaki even daki tangga umah pun semput... iskkkk... tengok dari jauh ni pun jadik laaa....

@kinabalu
My hensem boy... cantik kan belakang tu?

@kinabalu
*abaikan jari tu.. gumuk sgt jari sampai interprem plakk..*

@kinabalu
Kitorang pegi daki bukit kat Pine Resort ni sampai ke atas, tempat parking van dan kenderaan lain.. puas hati haaa takde orang

Gambar ni dekat2 nak kol 8am dah... pukul 8 ke atas awan dah mula meliputi pemandangan gunung... 

@kinabalu

@kinabalu
Gambar ni di ambil dari balkoni bilik

Malam-malam kat sini memang sangat sejuk.... kat bilik takde aircond, kipas jek... tapi tu pun tidurku tak lena; asik terjaga je sebab sejuk walaupun kipas pun tak on. Siapa tak tahan sejuk tu, elokla bawa stokin untuk tidur dengan selesa... 

~bersambung~