Showing posts with label Kinabalu Pine Resort. Show all posts

Tuesday, April 14, 2015

Cuti-cuti ke Kota Kinabalu VI

Lepas bekpes dan bergambaran, packing dan van sampai je terus bertolak ke Kudat lebih kurang  jam 8.40am. Sedihnya nak tinggalkan Kundasang... rasa macam tak puas plak stay satu malam.

@kinabalu

Anjung di area dekat 'rumah' kami.. ;-P

Suka bunga tuh... 

Ni dalam perjalanan turun... sepanjang perjalanan masih boleh nampak puncak gunung. Kat area Pine resort tu dah tak nampak dah sebab dah diliputi awan... dalam perjalanan ke Kudat ni masih nampak lagi.

Perjalanan ke Kudat ni jauh jugak, kami ke destinasi seterusnya Kg Gombizau iaitu tempat ternak lebah madu. Sampai situ sekitar jam 11.30am.

Sila bayar tiket dulu

Gerai madu, harganya takde la murah sangat.. biasa aje... lebihkurang je pun dengan harga madu yang biasa aku beli di Bangi n Putrajaya. Botol kecil kat depan tu RM21 dan botol besar RM100/kg.

Dekat kampung ni lagi sekali anjing sangat 'bersepah-sepah'... merata-rata melepak dan baring2... nasib gak la seme sedang tidur, kalau tak, aku pun tak tentu arah nak jalan... banyak sungguh!

Jom ke ladang lebah... Pn Lia sedang mengasap lebah

Tujuan mengasap ni untuk lemahkan lebah bagi dia tidak aktif

Tu lebah-lebahnya

Bley try pegang sarangnya... kata Pn Lia, kalau lebah datang jangan tepis-tepis dia nanti lebah tu ingat musuh nak serang... so, buat tatau dan dok diam jek..

Aku pun ada gak try.. ada plak sekor lebah jalan2 atas tanganku tapi buat dek je la... 

Ni adalah sarang lebah yang diambil dari rangka kayu tadi... bley makan macam tu jek... Pn. Lia potong kecik2 dan bagi kami rasa.... rasenye manis madu tapi sarangnya tu kenyal2...kunyah-kunyah lepas tu buang (mcm makan chewing gum)... Satu pengalaman baru... sarangnya tu ada kegunaannya iaitu boleh dibuat lilin dan juga gincu. Tapi takde la demo buat bende2 tu...

Selepas demo lebah tadi, bertolak ke Simpang Mengayau untuk lihat Tips of Borneo iaitu penghujung Sabah (kepulauan Borneo). Sebelum tu, kami ke rumah panjang Rungus plannya nak tengok pembuatan manik. Tapi malangnya takde orang pulak...  frust jugak... agaknya musim cuti sekolah baru bukak kot?

Sampai  sini dalam pukul 12 lebey...haaa memang la matahari tengah terik, pegi plak dekat laut... panasnyaaa.... huiiiii (dari tempat sejuk ke tempat panas)..
Dengan nak berjalan kaki lagi ke atas nun... mengeluh makcik!

Pemandangan sini pun cantik... 

Itu dia penghujung borneo seperti dalam peta Sabah.
Di sebelah kiri adalah Laut Cina Selatan dan di sebelah kanan adalah Laut Sulu. Cantik sangat lautan nih.. kebiru-biruan...

Sampai sini kiranya berakhirlah perjalanan di Sabah ini... jam dekat pukul 1pm, so, dalam perjalanan pulang ke KK singgah makan dulu...

Malam ni adalah malam akhir di KK... aktiviti di hotel apalagi ...mandi kolam ler....

Bersambung lagi.... ni la post paling panjang sampai masuk part VII ... nak buat camno....gambar banyak...

Cuti-cuti ke Kota Kinabalu V

Dah main-main dengan ikan, dah bagi lembu kambing minum susu dan makan, tibalah saat untuk ke destinasi yang terakhir iaitu ke Kinabalu park. Banyak lagi tempat menarik yang kami skip seperti Sabah Tea, Poring kolam air panas, botanical garden dan Mesilau (laluan kedua pendaki selain di Timpohon gate).  Penat juga kalau nak cover semua dalam satu hari... kalau stay 2 hari di Kundasang memang boleh la ke semua tempat2 menarik yang lain.

Pintu masuk untuk pendaki

Ce tengok list lelaki veteran tuh... 2 jam lebey je dia daki gunung ....huiiiiiii yg pompuan veteran pun 3 jam lebey je... *kagum*

Bergambar je dulu ye Eimran, sok dah besar sket bley la pi daki gunung dgn dadi... mami lepak2 kat bawah je le...

Kabus punya tebal kat blakang tu

Tak dapat daki gunung, bergambar kat kaunter check point pun bleh la.. hehehe...

Dah puas berjalan, tibalah masa untuk check-in di Kinabalu Pine Resort. Kenapa aku pilih tempat ni? Sebab banyak review di blog kata tempat ni cantik.. dan memang terbukti tempatnya sangat cantik... lelagi sebelah pagi bila dapat lihat gunung kinabalu dengan jelas... amazing!!

Depan bilik, bilik kami hujunggggggg sekali ingatkan tak nampak le puncak gunungnya, rupa-rupanya bila awan clear, nampak jugak, cuma pokok pine tu tinggi2 ganggu le sket...

Bilik kami G2, bilik atok G1; sebelah-sebelah jek...

Malam ni tapau kepsi jek... tatau nak makan ape ..syiokk makan depan bilik...sejukkkk

Ni pepagi lam kol 6 am... ni muke tak mandi lagik ni... dengan maknya pun. Punya la semangat nak tengok gunung kan?...

Tengok kabus tebal plak tuh... adoiii prust tol mami... maka sesi bergambar aje la dulu...

Ada 3 ekor arnab yang comel dan gumuk..

Lepas sesi bergambar, maka balik le ke bilik dengan keciwa... mandi2 dan sesiap pi bekpes... 
Tang bekpes, menunya mengecewakan la sket... kanak2 RM8.. menu berat kuey teow goreng kicap yang kering giler, roti, butter, jem, sosej, nuget, telur, bubur nasi, air panas, jus buah.... tu je kot... dengan RM8/child; Eimran sekadar jamah kuey teow 2 sudu, Luth makan roti 2 keping...Qhaliff lebih la sket... Emmir free.... iskkk.... sabo aje la kan...

Lepas bekpes ajak anak2 pi tengok gunung sebab gunung dah nampak.... alhamdulillah....akhirnyaaaa..... tercapai impianku....

@kinabalu
Dengan hero-hero kesayanganku... dadinya bekpes... Somi ku tak kisah sangat sbb dia dah beberapa kali daki gunung tuh.... aku memang tak larat le nak mendaki even daki tangga umah pun semput... iskkkk... tengok dari jauh ni pun jadik laaa....

@kinabalu
My hensem boy... cantik kan belakang tu?

@kinabalu
*abaikan jari tu.. gumuk sgt jari sampai interprem plakk..*

@kinabalu
Kitorang pegi daki bukit kat Pine Resort ni sampai ke atas, tempat parking van dan kenderaan lain.. puas hati haaa takde orang

Gambar ni dekat2 nak kol 8am dah... pukul 8 ke atas awan dah mula meliputi pemandangan gunung... 

@kinabalu

@kinabalu
Gambar ni di ambil dari balkoni bilik

Malam-malam kat sini memang sangat sejuk.... kat bilik takde aircond, kipas jek... tapi tu pun tidurku tak lena; asik terjaga je sebab sejuk walaupun kipas pun tak on. Siapa tak tahan sejuk tu, elokla bawa stokin untuk tidur dengan selesa... 

~bersambung~