Tuesday, November 6, 2012

Projek 'mekap' rumah 1

Dah lama pasang angan2 nak buat plaster ceiling tapi ongkosnya tak mengizinkan. Lagi satu, nak pikir jugak pasal cuti, takkan nak biarkan org buat keje kat umah, tuan rumahnya pi keje plak kan? Dah ujung2 taon ni, baki cuti pun belum masuk tahap kritikal (cuti banyak lagi le tu...) hehehe...maka terjadilah seperti yg dirancangkan. Entry ni bukan nak tunjuk2 ke ape tau; ni sebagai catatan peribadi. Sok2 belek2 kenangan lama lam blog sendiri ni...tau gak la cemana rupe asal sblm dimekap. Pemasangan ni ambil masa selama seminggu. 2 hari pertama ada 2 pekerja (Indon dan bosnya pun Indon. Dorang penah buat umah jiran dulu); hari ketiga dorang tak datang sbb sorang sakit. Hari ke 4, 4 org pekerja sehingga hari ke-5. Hari ke-6 hanya 2 org yg asal (sesi touch-up). Dan hari ke-7 pasangkan lampu2 dan kipas (wiring seme la..). 

Rumah ni masa beli bukan rumah baru tapi rumah yg dah didiami orang. So, sejak dari pindah tak banyak yg kami ubah. Asalnya siling ada wallpaper. Tapi aku mmg menyampah sesangat dengan wallpaper tu. Ada yang dah terbukak2... Tapi sekarang tidak lagi! Dah sedap dah mata aku memandang bila mendongak ke atas...  hehehee... Ohya... tu lampu kristal tu incik somi tolong pasangkan dengan penuh kesabaran. Jenuh ooo.... rasenya makan masa lam 2 jam gak.... tu sib baik aku tak pilih yg lagi dasat design dia... mau hanginnn incik somiku.... 

Bahagian ni kekalkan kipas asal... kat  living hall 1 dan dining hall tukar lain pakai remote punye...  senang nak tuko speed tak payah bangun2. Ni dasar pemalas nih...hahahaaa. Kesemua kipas dan lampu beli di kedai lampu Avalon kat Puchong. Kedai tu 3 tingkat koo.... rambang mata nak pilih lampu. Harga pun not bad. Maybe masa pi tu sedang buat promosi. 

Kat sini yg agak menyakitkan pandangan mataku tang lampu tu dan wallpaper siling  yg siap bertampal2 plaster tu. Siling bahagian sini agak tinggi. Jadi bila dah letak plaster ceiling rendah la sket dalam beberapa inci. Dan disebabkan ketinggiannya tu, kami pilih kipas 2 tingkat (ada 6 blades). Lampu gantung tu dah kene buang daerah...hahahaa.... pindah kat tempat porch. 

Projek seterusnya??? Adaa...memang ada iaitu pasang lantai dan wallpaper. 2 bende ni kami booking masa Homedec di KLCC tempohari. Belum tau lagi bila keje2 pemasangan akan dilakukan. 

No comments: