Tuesday, March 5, 2013

Semoga Sabah kembali pulih dan aman

Kredit to FB Hajiji Aniq 

Pencerobohan geng sulu di Lahad Datu sangat2 mengejutkan dan menggemparkan kita di Malaysia lebih2 lagi mereka di Sabah sana. Apabila berita pertempuran polis dan geng sulu bermula, aku juga turut berasa berdebar-debar dan risau. Banyak blog yang aku jelajahi untuk tahu updates dan aku paling paling risau bila geng sulu dah mula serang perkampungan air di Semporna.
Jarak Semporna dan Tawau bukan lah jauh sangat pun, keadaan jalannya yg bukan highway je maybe buat perjalanan agak lama. Aku pernah ke sana dalam masa lebih kurang hampir 2 jam. Aku sangat risau kerana keluarga mertuaku berada di Tawau. 
Ya Allah, semoga ko selamatkanlah tentera Malaysia yang sedang bertempur tika ini di bumi Sabah. Semoga  penceroboh sulu dapat dihapuskan. Dan rakyat Sabah dapat hidup tenang dan aman seperti sediakala.

 Kredit: FB VAT 69 - Perjuangan Semalam

Hiba rasa di hati melihat jenazah perajurit kita diusung begini. 

 Kredit: FB VAT 69 - Perjuangan Semalam

Lebih menyayat hati bila meilhat keluarga yang ditinggalkan para wira negara. 
Arghh aku tak boleh tengok gambar2 ni.... aku jadik sebak gila.... Aku juga punya adik seorang tentera. Bila tgk gambar2 macam ni terasa juga....

Mudah2an Allah selamatkan bumi kita Malaysia terutama di Sabah sana. Amin.

No comments: