Pada 7hb Jan 2013, bermula sessi persekolahan baru untuk Eimran dan Qhaliff di Genius Aulad BBBangi. Kejutkan dorang pagi2 nampaknya takde masalah lagi. Masing2 nampak macam bersemangat je nak pi skool. Harap-harap Eimran dapat bersekolah dengan baik di sini. Dan aku yakin Qhaliff takde masalah.
Eimran takmo tengok kamera
Tengok Qhaliff, ok je...
Haaa sporting pun Eimran.... hehehe
Eimran di kelas 6 Madeenah. Warna kelasnya pink daaaa.... mujur dia tak mogok takmo masuk kelas (plak tu kaler pink). Mcm biasa, kerasss je eimran...muka pun kelat2... masa aku lambai tangan kat dia, dia pandang aku dengan wajah yang kelat dan takde respon.
Guru kelas Eimran ialah teacher Afiqah. Teacher ni pernah ngajar abg Luth dulu (pioneer di GA BBB. Dulu pun Luth kelas 6 madeenah jugak...Cuma cikgu lain.)
Kelas Qhaliff; 5 Andalus. Kelas ni warna hijau. Ekceli warna feberet eimran...hehehe... Tengok qhaliff, ok je pi letak botol air kat rak.
Teacher Fiza. Dia pun pernah ngajar Luth sekejap. Fuhh Abg Luth amat dikenali di sini...temasuk le principalnya Pn Iman...
Kelas anak2 ku seme di tepi tingkap tu, eimran level 1 dan qhaliff level 2.
Minggu ni persekolahan 2 jam je dari 8.30 hingga 10.30am. Selepas tu sehingga 11.30am. Balik dari sekolah di hari pertama;
Masing2 hepi...eimran bawak balik kapal terbang kertas yang dia warnakan. Tu progress yang baik, nampaknya eimran mengikut arahan cikgu, serta menyertai aktiviti dalam kelas. Eimran pun byk kali bgtau aku, dia suka sekolah ni. Dia kata sekolah ni best! Wahhh hepinya aku..... Mudahan2 lepas ni eimran jadi lebih positif.
Pasal kapal terbang kertas tu, disebakan dua bradik ni lain kelas, of course la aktiviti masing2 berbeza. Dahhhh si Qhaliff bising kata dia tak dapat kapal terbang kertas. Masing2 berebut plak mende alah tu sampai bergaduh.... adoiiii masalah le plakkkk....
Hari kedua:
Aku cuti lagi dan hantar mereka ke sekolah. Okla...cuma eimran masih 'keras' lagi...salam tecer pun nak tak nak tu pun kene paksa... Qhaliff maintain ok.
Balik sekolah atok ambik semuanya ok. Eimran bgtau aku lagi dia suka sekolah. Malam2 dia cakap; "sekolah ni cikgu takde marah2 pun mcm sekolah oren" (merujuk kepada tabika perpaduan dia dulu). Hemmmm... aku dah agak sure cikgu tabikanya dulu suka marah2 bebudak sebabkan budak yg macam eimran jadi fobia/benci/tak suka/menyampah kat sekolah. No wonder anak aku dok tepi pintu kelas selama 5 bulan tanpa sebarang progress!!
Lagi satu eimran bgtau "mami, sekolah ni asyik main je...takde pun belajar pakai buku." hehehehe..... belum lagi la eimran, nanti ada pakai buku jugakkk.....
Semoga anak2 aku semua berjaya dan selamat bersekolah anak2!
No comments:
Post a Comment