Tanggal 15 Oktober 2016; hari bersejarah buat adikku setelah menghadapi pelbagai dugaan terutama dari segi kesihatan akhirnya gelaran Doktor Falsafah berjaya beliau genggami.
Kalau la nak diceritakan kisah adik aku ni dari kecik betapa nakal dan malasnya belajar, result exam pun selalu buat bapak aku menyinga, paper Math memang tak pernah nak lulus tak sangka pula sekarang dah ada Ph.D.. Alhamdulillah, itulah impian arwah mak untuk meilhat anak2nya berjaya... kalau mak masih ada, kompem diteponnya semua adik badik dan bespren dia... mesti excited dia... sekurang-kurangnya abah masih ada untuk melihat kejayaan anak-anaknya...
Cansellor UM adalah Sultan Perak Raja Nazrin.. admirer le dgn raja nazrin memuda dulu, akhirnya (bila sesama dah tua ni...) dapat juga jumpa haaa.... ahakzzz....
Tahniah adikku....insyaAllah kakakmu ini akan menyusul... ehemm...
Selesai sudah ... tapi serius aku cakap upacara konvo itm/uitm lagi best dengan muzik latar masa ketibaan cansellor tu lagi menarik dan menusuk jiwa.. mc pun sebut nama2 graduan penuh intonasi yang lebih segar dan bersemangat... rasenya upm pun ok... sbb dah banyak kali pi konvo universiti berbeza so, memang rase um ni macam tak berapa 'happening' sikit... adik aku ni pun ex-uitm... huhu... hehehe... jgn mare...
Bestnya...bestnyaa... my turn? bila? bila?? tu kene pakai teropong tengok bulan...
Selepas upacara konvo...